Sebagai contoh, iPhone dengan paparan 60Hz dapat digandakan menjadi 120Hz, 180Hz, atau 240Hz secara automatik.
Paten dengan terbitan bertarikh 16 Februari 2021 ini telah pun difailkan sejak 10 Mac tahun lalu. Dengan penerimaan paten baharu ini, tidak mustahil ia akan digunakan pada iPhone 13 yang akan dilancarkan pada tahun ini.
Terdahulu, terdapat spekulasi mengatakan panel ProMotion 120Hz mungkin akan dimuatkan pada iPhone 13. Khabar pada bulan lalu turut menyatakan iPhone 13 Pro mungkin akan menggunakan teknologi LTPO dari Samsung untuk panel 120Hz.
Sehingga kini, model iPhone masih belum dimuatkan dengan kadar segar semula 120Hz seperti yang terdapat pada kebanyakan peranti andalan lain. iPhone 12 yang dikatakan akan hadir dengan panel 120Hz juga tidak menjadi kenyataan selepas mengambil kira faktor jangka hayat bateri.
Sumber: MacRumors
Berkaitan
- iPhone 16 Dilapor Bakal Tampilkan Prestasi AI Lebih Pantas
- Bekas Teman Lelaki Didakwa 'Stalk' Guna AirTag, Wanita Saman Apple
- Koleksi Terbaru Caviar "Sahkan" Pilihan Storan iPhone 15 Pro/Max
- iPhone 12 Dilaporkan Mengalami Masalah Cat Tertanggal Pada Bingkai
- Hanya Satu Model iPhone 12 Dijangka Akan Menerima Sokongan mmWave 5G
- Apple Dijangka Menggunakan Teknologi 4nm Dari TSMC Untuk Cip iPhone Akan Datang
- Apple Turut Perkenal Mac mini Dengan Cip M2 Dan M2 Pro - Harga Bermula RM2,499
- Microsoft, Google Dan Apple Sasaran Utama Penggodam Pada 2022
- Pengguna Apple Watch Lapor Isu Skrin Setelah Kemas Kini watchOS 9.5
- Apple Mulakan Siasatan Berhubung Laporan Protes Di Kilang Wistron