iPhone 12 Mini Dilaporkan Akan Guna Varian Cip A14 Bionic Yang Sedikit Lemah

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, iPhone akan menggunakan nama Mini sebagai model paling asas dalam siri iPhone 12.

Lanjutan dari maklumat tersebut, kita kini dijamah lagi dengan beberapa maklumat mengenai spesifikasinya.

Apa yang kita tahu sebelum ini adalah bahawa kesemua model iPhone 12 akan dijana oleh cip A14 Bionic yang terbaharu.

Namun, untuk iPhone 12 Mini sahaja, ia akan menggunakan versi cip yang sedikit berlainan berbanding model iPhone 12 lain.

Dilaporkan Apple sedang membangunkan sebuah cip Apple B14 yang ditujukan kepada telefon kelas pertengahan atau kelas bukan mercu.

Dikatakan cip ini adalah lebih memfokuskan kepada kecekapan tenaga berbanding kuasa pemprosesan.

Kemungkinan juga B14 ini adalah versi A14 yang sedikit perlahan dari segi kelajuan.

Menurut laporan, cip Apple B14 ini bukan sahaja akan digunakan pada iPhone 12 Mini, namun model-model iPhone SE yang akan datang juga turut bakal menggunakannya.

Walaupun Apple merujuk B14 ini sebagai sebuah cip kelas pertengahan, sudah tentu ia masih lagi pantas berbanding cip kelas pertengahan dari Snapdragon.

Apa-apa pun, langkah Apple untuk membuka kategori baharu untuk variasi cip yang dihasilkan sudah tentu akan memanfaatkan pengguna yang mahukan iPhone dengan bateri yang lebih tahan lama berbanding kelajuan cip.

Sumber: MauriQHD

Berkaitan