iPhone 12 Dilaporkan Mengalami Masalah Cat Tertanggal Pada Bingkai

Unit iPhone 12 yang dipamerkan di kedai jualan di China kini dilaporkan mengalami masalah cat tertanggal. Melalui imej yang dikongsikan, ia menunjukkan cat pada bingkai yang diperbuat daripada aluminium itu telah tertanggal di beberapa bahagian.

iphone 12 cat tertanggal

Seorang blogger, Lie Feng telah berkongsikan imej iPhone 12 yang merupakan unit pameran dari kedai fizikal Apple. Melihat pada imej tersebut, beliau menyatakan masalah itu kemungkinan disebabkan sentuhan oleh ramai pengguna.

Dengan iPhone 12 yang baru sahaja dilancarkan, sudah pasti ramai pengguna di China ingin merasai sendiri pengalaman memegang peranti itu. Sudah tentu juga tiada peranti yang sempurna. Bagaimanapun, pada harga yang ditawarkan untuk iPhone 12, masalah ini tidak sepatutnya berlaku.

Sumber: GizmoChina