iPhone 12 Dilaporkan Mempunyai Masalah Bateri Cepat Habis

Beberapa pengguna iPhone 12 kini melaporkan masalah bateri cepat habis, walaupun dalam keadaan tidak aktif. Masalah bateri cepat habis ini bukanlah perkara baharu bagi iPhone.

Perkara ini dilaporkan oleh pengguna Master26A melalui Apple Support Forum, di mana masalah tersebut berlaku pada iPhone 12 Pro. Menurutnya, bateri iPhone 12 Pro cepat habis walaupun dalam keadaan tidak aktif dengan hampir tiada aktiviti latar belakang pada kadar penurunan 4% setiap jam.

Masalah yang sama turut berlaku walaupun tidak menggunakan data atau menyahaktifkan data 5G.

bateri cepat habis iPhone 12

bateri cepat habis iPhone 12

Dalam pada itu, seorang jurutera (bukan Apple) turut memperlihatkan carta penggunaan bateri yang sama sahaja walaupun tidak digunakan. Ia tidak sepatutnya mempunyai pengurangan bateri yang sama bagi mod standby dan aktif - terutamanya apabila mod Low Power turut diaktifkan.



Seorang pengguna yang mengalami masalah sama juga telah menjalankan diagnostik melalui Apple Support dan mendapati tiada masalah yang ditemui pada bateri.

Dengan itu, masalah ini dipercayai adalah disebabkan pepijat dalam perisian iOS. Berikutan pelbagai laporan lain juga telah diterima oleh Apple, isu ini dijangka akan dibaik pulih melalui kemas kini iOS akan datang.

Sumber: 9to5Mac