iPhone 12 Di Perancis Didatangkan Dalam 2 Kotak, Satu Lagi Untuk Memuatkan Fon Telinga


Umum mengetahui bahawa Apple kini tidak menyertakan fon telinga dan pengecas dalam pembelian iPhone terkini.





Namun begitu, Perancis adalah negara yang terkecuali disebabkan undang-undang negara yang mewajibkan pengeluar memuatkan sekali fon telinga dalam kotak pembelian.





Disebabkan itu, mungkin ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah rupa kotak iPhone 12 di Perancis, adakah masih lagi tebal ataupun nipis sama seperti pasaran lain?





Kini, difahamkan yang di Perancis, Apple mengedarkan pembelian iPhone 12 dalam satu kotak besar yang di dalamnya mengandungi fon telinga dan satu kotak nipis iPhone 12.









Anda boleh melihat sendiri bagaimana Apple memuatkan kotak iPhone 12 dalam sebuah kotak besar. Apabila dibuka kotak besar tersebut, di bawahnya akan terlihat fon telinga.





https://youtu.be/FQVdyBqv9gc





Hanya fon telinga sahaja yang wajib diletakkan dalam kotak pembelian telefon pintar di Perancis.





Pengecas? Sama sahaja sebagaimana pasaran di serata dunia. Tiada pengecas ya.





Sumber: YouTube