iPhone 11 Merupakan Telefon Pintar Paling Laris Dijual Untuk Separuh Pertama Tahun 2020

Sebanyak 37.7 juta unit telefon pintar iPhone 11 telah berjaya dijual untuk sepanjang separuh pertama tahun 2020 ini.

Ia adalah stastistik yang diperoleh dari laporan Omdia untuk senarai telefon pintar paling banyak dijual sepanjang bulan Januari hingga Jun tahun ini.Defying the times, iPhone 11 is the best-selling smartphone of H1 of 2020

Apa yang menarik adalah jualan iPhone 11 ini telah melangkaui jualan iPhone XR pada separuh pertama tahun 2019. Pada tahun lepas, iPhone XR hanya terjual setakat 26.9 juta unit sahaja.

Di tangga kedua adalah Samsung Galaxy A51 yang merupakan telefon kelas pertengahan dengan jualan 11.4 juta manakala Xiaomi Redmi Note 8 di tempat ketiga dengan jualan 11 juta unit.

Apa yang lebih menarik adalah iPhone SE yang hanya terjual dalam masa kurang dari 4 bulan tapi berada dalam 5 tangga teratas dengan jualan unit 8.7 juta.

Tambahan, telefon paling mahal dalam senarai iaitu iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max masih tersenarai menandakan populariti telefon dengan unit jualan masing-masing 7.7 juta dan 6.7 juta.

Sumber: Omdia

Berkaitan