iPhone 11 Mendahului 10 Telefon Pintar Paling Popular Bagi Suku Pertama 2020

Telefon pintar keluaran Apple, Samsung dan Xiaomi menjadi pilihan utama pengguna di seluruh dunia.


Penyelidik data dari firma Omdia baru-baru ini mendedahkan, telefon pintar keluaran Apple, Samsung dan Xiaomi telah menjadi pilihan utama pengguna di seluruh dunia bagi suku pertama tahun 2020 ini.

Menurut Omdia, iPhone 11 menjadi telefon pintar paling popular bagi suku pertama 2020 dengan anggaran unit yang telah berjaya dijual  sebanyak 19.5 juta unit.

Jumlah itu jauh meninggalkan telefon pintar Android Galaxy A51 keluaran Samsung yang berada ditangga kedua yang dianggarkan hanya terjual sebanyak 6.8 juta unit sahaja.



Kedudukan ketiga pula diduduki oleh telefon pintar Android Redmi Note 8 keluaran Xiaomi yang tidak jauh dibelakang Galaxy A51.

Kapsyen: Redmi Note 8.


For more than five years—even amid shifting conditions in the wireless market and the global economy—one thing has remained consistent in the smartphone business: Apple has taken either the first or second rank in Omdia’s global model shipment ranking.

Apple’s success is the result of its strategy to offer relatively few models. This has allowed the company to focus its efforts on a small number of products that appeal to a broad selection of consumers and sell in extremely high volumes.”Jusy Hong, Pengarah Penyelidik Telefon Pintar Omdia.

Berikut adalah senarai perbandingan 10 telefon pintar paling popular bagi suku pertama tahun 2020 dan 2019 menurut Omdia:-



Daripada senarai terbaru ini, telefon pintar Android keluaran Oppo didapati terkeluar dari senarai 10 telefon pintar paling popular oleh Omdia bagi tahun ini.