Kejadian tersebut berlaku di tempat parkir kereta di sebuah pusat membeli-belah Bridgeport Village. Menurut sumber, sejumlah besar iPhone 11 milik seorang wanita telah dicuri di dalam sebuah kereta di parkir pusat membeli-belah tersebut.
Menurut pihak polis Tualatin, kejadian itu berlaku ketika pemilik kenderaan tersebut kembali membeli belah selepas menyimpan sejumlah besar iPhone 11 yang baru dibelinya di dalam sebuah kereta.
Kredit : The Oregonian
Menurut pihak polis lagi, hasil pemeriksaan dari kamera litar tertutup mendapati terdapat dua suspek utama iaitu seorang lelaki dan perempuan. Dalam rakaman tersebut mendapati suspek lelaki tersebut memecahkan cermin kereta sebelum membawa pulang beberapa beg yang mengandungi sejumlah besar iPhone.
Manakala suspek perempuan pula bertindak dengan memerhati keadaan persekitaran dan mereka meninggalkan tempat parkir berkenaan menaiki sebuah kereta Honda Odyssey.
Pihak polis masih belum mengetahui punca sebenar mengapa pemilik kenderaan tersebut membeli sejumlah besar iPhone 11. Menurut pihak polis lagi, jumlah keseluruhan iPhone 11 yang dicuri tersebut bernilai lebih RM 475,000.
Kejadian tersebut juga turut diulas oleh pengulas gajet terkenal iaitu Unbox therapy di akaun Youtube Later Clips. Menurut Lew, tidak masuk akal jika seseorang membeli iPhone dalam kuantiti yang banyak kembali membeli-belah setelah meletakkan iPhone tersebut di dalam kereta. Beliau menambah, jika sebuah komputer riba pon kita amat risau untuk meletakkan di dalam kereta, apatah lagi sejumlah iPhone yang mencecah RM 475,000.
Sumber : The Oregonian
Berkaitan
- Digi Tawar Pra Tempahan Iphone 11, Iphone 11 Pro Dan Iphone 11 Pro Max Bermula 20 September Ini
- Iphone 11 Pro Max Menewaskan Huawei Mate 30 Pro Dan Samsung Galaxy Note 10+ Dalam Ujian Bateri Oleh Mrwhosetheboss
- Jurufoto Terkenal Dunia Peter Mckinnon Memuji Keupayaan Kamera Iphone 11 pro
- LG Dijangka Akan Menjadi Pembekal Paparan Iphone SE 2
- Switch Membuat Program Pertukaran Bateri Iphone Dengan Harga RM199
- Switch Membuat Penurunan Harga Bagi Iphone Xs Max
- Samsung Dijangka Akan Membangunkan Teknologi Seakan "Deep Fusion" Yang Terdapat Pada Iphone 11
- Selepas 11 Tahun, MKBHD Raih 10 Juta “Followers” Di Youtube
- Switch Melanjutkan Promosi Program Pertukaran Bateri Iphone
- Beberapa Tawaran Menarik Pada Acara 11.11 Lazada Dan Shopee