Spesifikasi untuk ketiga-tiga peranti adalah seperti berikut:
iPhone 11
iPhone 11 merupakan pengganti kepada iPhone XR. Apple meletakkan skrin paparan 6.1 inci dibahagian hadapan peranti dengan rekaan takuk dihuni lensa kamera bersama fungsi Face ID.
Perubahan ketara diberikan pada kelengkapan kamera belakang dimana mempunyai dua lensa kamera pada bahagian belakang iPhone 11 yang terdiri daripada 12MP f/1.8 (wide) + 12MP f/2.4 (ultra wide) dengan 2x zoom optikal.
Selain itu, mod Night juga dikatakan mampu bersaing dengan model lain seperti barisan peranti Pixel serta siri Galaxy Note 10 juga Galaxy S10.
Bagi rakaman video, satu sentuhan mudah boleh dibuat untuk bertukar antara kamera biasa kepada lensa ultra lebar dan ia menyokong resolusi 4K 60fps, slow-mo, time lapse dan extended dynamic range.
Rakaman hadapan pula digalas oleh lensa 12MP TrueDepth sudut lebar yang turut menyokong ciri 4K 60fps, serta buat julung kalinya ciri slow mo bagi selfie.
Bagi janaan kuasa peranti, bateri iPhone 11 dikatakan sejam lebih lama berbanding iPhone XR dan ia juga mempunyai pensijilan IP68.
iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max
Buat pertama kalinya Apple menggunakan nama "Pro" pada model iPhone mereka. Menurut CEO syarikat, Tim Cook, versi Pro ini adalah iPhone paling berkuasa pernah dibangunkan berbanding keluaran sebelum ini.
Menyajikan empat pilihan warna, Midnight Green, Space Grey, Silver dan Gold, rekaannya mirip seperti iPhone XS tetapi dengan penambahan satu lensa pada bahagian belakang.
Menggunakan paparan OLED, ia menjanjikan 15% lebih cekap tenaga, kecerahan sehingga 1200 nits dan dipanggil Apple sebagai Super Retina XDR dengan masing-masing akan tampil lengkap bersama skrin bersaiz 5.8 inci (11 Pro) serta 6.5 inci (11 Pro Max).
Dikuasakan dengan cip Bionic A13, Apple menyatakan selain mempunyai CPU dan GPU yang terpantas pada telefon pintar, prestasi mesim pembelajaran juga ditambah baik.
Dari segi janaan kuasa, bateri iPhone 11 Pro mampu memberikan 4 jam lebih "nayawa" berbanding iPhone XS sementara 11 Pro Max pula dijanjikan dengan 5 jam lebih lama berbanding XS Max.
Tiga lensa kamera terletak pada bucu kiri panel belakang merupakan kombinasi lensa 12MP f/1.8 (wide)+12MP f/2.0 (telefoto)+12MP f/2.4 (ultra wide). Penambahan lensa ultra wide ini membolehkan pengguna mendapatkan rakaman lebih menarik pada sudut berbeza.
Antara ciri lain yang disokong kedua-dua model ini ialah HDR 10, Dolby Vision serta Dolby Atmos. Apple membekalkan peranti ini dengan pengecas 18W di dalam kotak.
Harga jualan rasmi di Malaysia
iPhone 11
- 64GB - RM3399
- 128GB - RM3599
- 256GB - RM4099
iPhone 11 Pro
- 64GB - RM4899
- 256GB - RM5599
- 256GB - RM6499
iPhone 11 Pro Max
- 64GB - RM5299
- 256GB - RM5999
- 512GB - RM6899
Penawaran peranti akan mula dibuat pada 27 September depan.
Berkaitan
- Dapatkan iPhone XS Max, iPhone XS Dan iPhone X Dengan Harga Lebih Murah
- Apple Kurangkan Separuh Pengeluaran iPhone X Untuk Suku Pertama 2018
- Apple Jelaskan Kenapa Amaran Dipaparkan Apabila Bateri Ditukar Pihak Ketiga
- Huawei Nova 4e Mula Ditawarkan 16 Mac Ini Pada Harga RM1199
- AMD Lancar Pemproses Ryzen Untuk Laptop
- 5 Perkara Menarik Mengenai OPPO F11 Pro Yang Perlu Anda Tahu
- Huawei P20 Pro Dinobat Telefon Pintar Terbaik 2018 Oleh EISA
- Dilaporkan Apple Dan LG Akan Bekerjasama Menghasilkan Telefon Dengan Skrin Boleh Lentur
- Iphone SE 2 Diramal Muncul Pada Bulan Mei Atau Jun Ini
- Apple Mungkin Perkenal iPhone Dengan Pengimbas Cap Jari Pada Paparan