iPadOS 14 Kini Lebih Berkuasa

Selepas memperkenalkan iOS 14, Apple perkenalkan pula satu lagi sistem operasi bagi peranti pintar uatama mereka iaitu iPadOS 14.

Apple menyatakan bahawa, widget yang hadir pada iOS 14 turut hadir pada iPadOS.

iPadOS 14 dibangunkan secara unik bagi mnegambil kelebihan peranti pintar dengan skrin sentuh yang bersaiz besar.. Sekaligus menjadikan iPad kini lebih berkuasa di mana pengguna dapat melakukan pelbagai tugas secara serentak dan lancar di atas peranti tersebut.



iPadOS kini menyokong ciri tarik dan lepas pada semua aplikasi standad yang hadir di iPad, antaramuka pemain muzik baharu serta paparan notifikasi yang lebih kecil.

Kapsyen: Notifikasi panggilan juga akan hadir pada iPadOS nanti.


Apple turut memperkenalkan ciri baru yang dikenali sebagai "Scribble" iaitu tulisan tangan yang dibuat di atas iPad akan ditukar secara automatik kepada teks.

Cuma buat masa ini, Scribble hanya mengenali tulisan tangan bahasa Inggeris dan China sahaja.



Beli Apple iPad dari Lazada (https://invol.co/clolqk)