Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ipad caviar

iPad Pro Ini Disaluti Emas, Sama Harga Tesla Model S

Diterbitkan Mac 3, 2021 oleh Amsyar Latif

Sebuah syarikat dari Rusia, Caviar sekali lagi mengeluarkan barangan yang amat mewah buat peminatnya. Pada kali ini, mereka mengeluarkan iPad Pro yang disaluti emas 1kg 18 karat.

Namun, emas sahaja tidak mencukupi bagi iPad Pro ini kerana turut dihiasi 81 berlian yang berukuran 3mm bagi menghiasi sebuah corak pokok yang berlatar belakangkan corak kayu.

iPad Pro Ini Disaluti Emas, Sama Harga Tesla Model S

Selain itu, pada bahagian bawah belakang peranti pula diukir dengan kata-kata hikmah dari pengasas dan CEO Apple iaitu mendiang Steve Jobs dan Tim Cook.

iPad Pro Ini Disaluti Emas, Sama Harga Tesla Model S

Peranti yang bernama iPad Pro Grand Apple ini hanya dijual satu unit sahaja di dunia dan memandangkan ia sangat istimewa, pembeli boleh memilih sama ada mahukan iPad Pro bersaiz 11 inci atau 12.9 inci serta storan dalaman mengikut permintaan.

Dengan tawaran sebegini, bakal pembeli hanya perlu mengeluarkan wang sebanyak USD184,310 (~RM750,000) dan mengikut harga ini, ia adalah sama nilai dengan sebuah kereta Tesla Model S Hatchback tahun 2016.

Sumber: caviar via gsmarena

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
©2026 WISER.MY