iPad Pro dan MacBook Pro Tahun 2020 Dijangka Guna Skrin Mini LED

Seperti yang diketahui, Apple dijangka akan gunakan panel OLED pada kesemua model iPhone tahun 2020. Untuk iPad Pro dan MacBook Pro, syarikat tersebut dikatakan bakal menggunakan panel dengan teknologi mini LED mengikut dari penganalisis terkenal Ming-Chi Kuo.

Kelebihan mini LED


Secara teorinya, skrin ini akan menawarkan lebih banyak kelebihan berbanding dengan skrin OLED. Antaranya ialah:

  • Julat warna yang lebih tinggi

  • Panel skrin yang lebih nipis

  • Kontras warna yang lebih tinggi

  • Masih jimat tenaga seperti OLED

  • Tiada risiko burn-in seperti OLED


Dikatakan akan ada 4 hingga 6 produk Apple yang akan menggunakan skrin jenis ini. Ia akan dimulakan dengan model pengganti iPad Pro 12.9 inci dan MacBook Pro 16 inci.

Namun, seperti mana jangkaan lain, anda seharusnya menerima berita sebegini dengan sikap skeptikal. Ia mungkin betul dan mungkin juga tidak.

Sumber: 9to5mac