Apple dijangka akan perkenalkannya dalam bulan Oktober nanti.
Sebuah laman sesawang bernama Sonny Dickson telah mendedahkan 'mockup' bagi rekaan model terbaru iPad Pro yang dijangka akan diperkenalkan Apple dalam bulan Oktober nanti.
Menurut laman tersebut, mereka memperolehi mockup itu dari sumber yang diyakini kesahihannya berdasarkan kepada ketepatan pendedahan sebelum ini oleh sumber yang tidak dinamakan mereka berkaitan produk-produk Apple.
Daripada mockup yang dipercayai adalah rekaan akhir bagi iPad Pro itu, boleh dilihat peranti tersebut dilengkapi dengan rekaan kamera sepertimana yang digunakan pada iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max yang baru sahaja diperkenalkan Apple minggu lalu.
Cuma apa yang membezakan rekaan kamera pada mockup iPad Pro itu dengan iPhone 11 Pro adalah ia tiada permukaan kaca sepertimana yang ada pada model iPhone 11 Pro. Adakah ia sengaja dibiarkan begitu atau ia masih tidak siap sepenuhnya tidaklah pula diketahui kerana tidak dimaklumkan oleh sumber laman tersebut.
iPadOS, sistem operasi terbaru yang dibangunkan Apple khusus bagi peranti iPad akan dilepaskan pada 1 Oktober nanti. Apple mungkin akan mengadakan sekali lagi acara istimewa mereka dalam bulan itu nanti bagi memperkenalkan pula barisan model terbaru iPad Pro serta komputer Mac mereka.
iPad Pro kali terakhir dikemas kini perkakasannya adalah pada 30 Oktober tahun lalu menerusi model generasi ke-3 nya.
Berkaitan
- Pakar Keselamatan Siber Di Malaysia 'Tak Cukup Tangan' Tepis Serangan Siber
- Apple Watch Gen-1 Kini Produk Usang, Tapi Berpotensi Bernilai Ratusan Ribu Ringgit
- Akhirnya Xiaomi Berjaya Mencapai Sasaran Yang Gagal Dicapai Pada 2018 Dahulu
- Rasai Pengalaman Terbangkan Sendiri Pelbagai Jenis Dron Di Tech Dome Penang
- Sophos Mendedahkan 167 Aplikasi Dagang Dan Matawang Kripto Palsu Di Tawarkan Untuk Peranti iOS Dan Android
- (Ulasan) ASUS ZenBook S 13 OLED UX5304 - 'Laptop' Premium 1 cm
- Pakar Keselamatan Komputer Mengaku Salah Membangun dan Menjual Perisian Hasad
- Ini Senarai 11 Aplikasi Dan Permainan Terbaik Untuk iPhone, iPad, Apple TV, Apple Watch Dan Mac 2022
- Klinik Dan Hospital Kerajaan Kini Guna Teknologi AI, Kesan Kanser Paru-Paru Lebih Awal
- Pengguna Di China Kini Boleh Beli Produk Apple Dari Aplikasi WeChat