iPad 9.7 Inci Bakal Hadir Ke Pasaran Malaysia, Harga Bermula Dari RM1549

California - Setelah memperkenal variasi warna baru untuk keluaran iPhone 7 dan 7 Plus, Apple tampil pula dengan model iPad yang baru.

Keluaran berukuran 9.7 inci ini dipercayai sekuel kepada iPad Air 2, walaupun tidak menggunakan nama "Air" lagi.

"iPad merupakan table paling popular. Pengguna sukakan paparan besar, dengan skrin 9.7 inci, menonton filem serta rancangan TV, melayari internet, melihat foto bakal menjadi lebih menarik." jelas Philip Schiller, Timbalan Presiden Pemasaran Apple.

Spesifikasi:

  • Cip A9 disamping pemproses M9

  • 8 Megapiksel kamera belakang

  • 1.2 Megapiksel kamera hadapan

  • Dua speaker

  • Pengimbas cap jari pada butang Home

  • Sambungan WiFi dan selular


Terdapat empat versi iaitu:

  1. WiFi/32GB (RM1549)

  2. WiFi/128GB(RM1999)

  3. WiFi dan selular/32GB (RM2199)

  4. WiFi dan selular/128GB (RM2649)


Screen_Shot_2017_03_21_at_12.44.16_PM.1490100093 (1)

Apple turut menyediakan 3 variasi warna iaitu, Silver, Gold, Space Gray

Pra tempah boleh mula dibuat 24 Mac ini di Apple Store Malaysia.

Sumber: Apple Store Malaysia