iOS Mungkin Akan Dijenama Semula Sebagai iPhone OS

Tahun lalu, Apple telah mengumumkan iPadOS, sistem operasi yang dibangunkan khas bagi peranti iPad. Sebelum itu, iPad menjalankan sistem operasi yang sama seperti iPhone. Melalui laporan terbaru, Apple mungkin akan menjenamakan semula iOS kepada iPhone OS.

Perkara ini didedahkan melalui ciapan Jon Prosser di Twitter. Menguatkan lagi laporan ini adalah ciapan balas dari Max Weinbach dari XDA Developers yang mendakwa beliau turut menerima e-mel yang menyatakan Apple akan menamakan semula iOS kepada iPhone OS.

[embed]https://twitter.com/MaxWinebach/status/1273641643950948357[/embed]

Dalam ciapan tersebut, Max turut memaklumkan iPhone juga akan dinamakan semula sebagai Apple Phone. Bagaimanapun, tidak dapat disahkan mengenainya.

Sehingga itu, nantikan pengumuman pada acara tahunan Apple, Worldwide Developers Conference (WWDC 2020) yang akan berlangsung bermula 22 Jun ini. Melalui WWDC 2020, Apple akan memperlihatkan kemas kini dan perisian terbaru pada iOS 14, iPadOS, watchOS dan macOS yang akan dilancarkan pada September 2020.

Beli produk iPhone dari:

Lazada (https://invol.co/clpasv)