Jika anda seorang pemain permainan video di iPhone atau iPad, berita ini akan mengujakan anda. Atau jika anda seorang pembangun aplikasi iOS anda akan rasa tidak sabar untuk mula membangun aplikasi untuk iOS 15.
Dalam acara Apple’s Platforms State of the Union yang berlangsung di World Wide Developers Conference 2021, Apple mendedahkan bahawa mereka sedang mencipta antaramuka (UI) kawalan permainan virtual baharu untuk iOS 15, iPadOS 15, macOS 15, dan tvOS.
Di Apple’s Platforms State of the Union, jurutera-jurutera Apple mengumum dan memperlihatkan ciri baharu, API (Application Programming Interface) dan SDK (Software Developement Kit) yang akan ada untuk pembangun-pembangun aplikasi untuk membina di iOS15, iPadOS 15 dan seangkatan dengannya.
Ketika debut ciri kawalan permainan itu, seorang jurutera yang bekerja dengan Apple dalam teknologi permainan berkata: “Kawalan atas skrin yang baharu untuk iPhone dan iPad ini nampak sangat hebat, dan ia dicipta dengan teliti untuk kawasan pegangan yang sesuai untuk pelbagai saiz tangan dan mempunyai ‘feedback’ dan rasa yang bagus.
Menurut jurutera itu juga, simbol-simbol dalam kawalan itu boleh diubah kepada simbol tersendiri selain mempunyai beberapa pembolehubah lain supaya boleh beradaptasi bersama dengan permainan yang dibangunkan.
Kata Apple juga, mereka turut memperbaik sokongan untuk peranti kawalan permainan yang sedia ada dipasaran.
Jadi, dengan iOS 15, pengguna akan dapat melihat banyak permainan video yang akan dibangunkan bersama dengan kawalan baharu ini. Boleh dikatakan selepas ini pengalaman bermain permainan di peranti Apple akan menjadi lebih baik dan peranti Apple akan dilihat lebih ‘gaming friendly’.