iOS 14 Mudahkan Carian Emoji Pada Papan Kekunci

Melalui acara Worldwide Developers Conference (WWDC 2020) yang berlangsung awal pagi ini, Apple telah mengumumkan pelbagai sistem terbaru bagi iPhone iaitu iOS 14. Antaranya termasuk kemas kini iOS 14 yang membolehkan pengguna untuk membuat carian emoji di papan kekunci Apple.

Pada ketika ini, untuk memilih emoji yang tepat memerlukan anda melihat beratus emoji yang tersedia pada papan kekunci. Adakalanya ia memerlukan masa yang lama untuk memilih emoji tersebut.

kemaskini ios 14

Dengan kehadiran fungsi bar carian emoji pada iOS 14 nanti, memilih emoji yang tepat akan menjadi lebih mudah. Menurut Apple,

"A new search field for the emoji keyboard lets you search for the perfect emoji. Enter a commonly used word or phrase such as "heart" or "smiley face" and you will be presented with the corresponding emoji to choose from."

Walaupun sedikit ketinggalan berbanding papan kekunci lain yang telah lama hadir dengan fungsi ini, namun kehadiran fungsi ini pada iOS 14 merupakan sesuatu yang ditunggu oleh pengguna iOS.

Dalam pada itu, Apple turut mengumumkan pelbagai sistem terbaru termasuk Home Widget dan ciri Picture-in-Picture.

Beli iPhone di:

Lazada (https://invol.co/clpgfv)