iOS 13 Didakwa Hanya Akan Menyokong Model iPhone 7 Ke Atas Sahaja

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pasti akan ada model iPhone yang tertinggal setiap kali Apple mengumumkan pelancaran iOS baharu.

Terbaru, iOS 13 dikatakan tidak lagi akan menyokong siri iPhone yang dikeluarkan sebelum tahun 2016 apabila ia diperkenalkan nanti.

Dalam kata lain, model-model seperti iPhone 5s, iPhone SE, iPhone 6, iPhone 6 Plus, iPhone 6s dan iPhone 6s Plus mungkin tidak akan menerima kemaskini iOS 13.

Kapsyen: WIRED


Bagaimanapun, terdapat juga laporan mengenai kemungkinan ia akan masih menyokong peranti iPhone 6s, iPhone 6s Plus dan iPhone SE.

Tambahan pula, iPhone SE kini sedang dijual semula oleh Apple dan agak tidak berpatutan sekiranya Apple tidak membekalkan sokongan iOS 13 kepada model berkenaan.

Apple berkemungkinan besar akan memperkenalkan sistem iOS 13 ini pada acara Apple Worldwide Developers Conference(WWDC) yang dijangka bakal diadakan pada Jun nanti.

 

Sumber: The Verifier via Redmond Pie