iOS 13 Dan watchOS 6 Sudah Mula Ditawarkan Kepada Pengguna iPhone dan Apple Watch

Reading Time: 1 minute

iPadOS akan dilepaskan lebih awal kepada pengguna iPad.

Bermula tengah malam tadi, Apple sduah pun mula melepaskan kemas kini terbaru versi iOS 13 kepada pengguna iPhone dan iPod touch generasi ke-7.  Dalam kemas kini tersebut mengandungi pelbagai ciri terbaru menarik seperti mod gelap serta Apple sejumlah 230 rekaan emoji baru.

Antara rekaan emoji baru yang ditawarkan pada pengguna iPhone.

Berikut adalah senarai peranti iPhone yang boleh menaik taraf kepada iOS 13:-

  • iPhone XS
  • iPhone XS Max
  • iPhone XR
  • iPhone X
  • iPhone 8
  • iPhone 8 Plus
  • iPhone 7
  • iPhone 7 Plus
  • iPhone 6s
  • iPhone 6s Plus
  • iPhone SE
  • iPod touch (Generasi ke- 7)

Selain iOS 13, Apple hari ini turut melepaskan kemas kini terbaru watchOS 6 bagi pengguna Apple Watch. Berikut adalah senarai Apple Watch yang menyokong watchOS 6:-

  • Apple Watch Series 1
  • Apple Watch Series 2
  • Apple Watch Series 3
  • Apple Watch Series 4
  • Apple Watch Series 5

Jika anda adalah pengguna Apple Watch Series 1 dan Series 2, kemas kini watchOS 6 akan ditawarkan kemudian dalam tahun ini. Buat masa ini watchOS 6 hanya ditawarkan untuk pengguna Apple Watch sries 3 dan terbaru sahaja dahulu.

ariff bukhari
Tentang Penulis

Ariff Bukhari adalah penulis dan pemilik laman AriffMac.com yang mengkhususkan produk-produk Apple. Kini beliau berkolaborasi bersama team Wiser.my.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *