iOS 13 Dan iPadOS Beta Mula Ditawarkan Kepada Pengguna

Apple sedia mengumumkan sistem operasi terbaru bagi barisan iPhone, iOS 13 dan iPadOS pada awal bulan ini. Mengandungi pelbagai ciri menarik bagi menambahbaik prestasi peranti mereka, versi beta iOS 13 dan iPadOS sudah mula ditawarkan kepada pengguna.

Oleh kerana ia masih lagi versi beta, pengguna perlu menjangkakan masalah-masalah dari segi prestasi, pepijat, jangka hayat bateri serta penggunaan aplikasi pada peranti yang menjalankannya.

Bagi yang berminat untuk menguji sistem operasi ini, anda boleh memuat turunya dari laman Apple Beta Software Program.  Sistem operasi iOS 13 dan iPadOS versi penuh dan stabil dijadualkan pelancarannya pada September nanti.

Senarai peranti Apple yang menyokong iOS 13:

  • iPhone XS

  • iPhone XS Max

  • iPhone XR

  • iPhone X

  • iPhone 8

  • iPhone 8 Plus

  • iPhone 7

  • iPhone 7 Plus

  • iPhone 6s

  • iPhone 6s Plus

  • iPhone SE

  • iPod touch (Generasi ke- 7)


Senarai peranti Apple yang menyokong iPadOS:

  • 12.9-inch iPad Pro

  • 11-inch iPad Pro

  • 10.5-inch iPad Pro

  • 9.7-inch iPad Pro

  • iPad (generasi ke-5)

  • iPad (generasi ke-6)

  • iPad mini (generasi ke-5)

  • iPad mini 4

  • iPad Air (generasi ke-3)

  • iPad Air 2