iOS 13 Akan Tampilkan Ciri Mod Gelap Dan Skrin Utama Baru

Selain rancangan untuk menambah sistem kamera 3D berasaskan laser bagi model iPhone 2020, informasi yang dikutip Bloomberg turut menyatakan serba sedikit berkenaan iOS 13.

Sistem operasi untuk peranti mudah alih Apple itu dijangka pengumumannya sekitar Jun ini sebelum dilepaskan kepada pengguna lebih kurang September nanti.

Difahamkan, iOS 13 akan menampilkan ciri mod gelap untuk pengguna waktu kurang cahaya yang lebih baik. Ciri mod gelap telahpun dinikmati pengguna MacOS Mojave yang ditawarkan tahun lalu.

Skrin utama juga dikatakan akan hadir dengan rekaan baru diiringi penambaikan pada bahagian pengurus fail dan ciri multitask.

Apple mungkin memberi sedikit bayangan bagi ciri-ciri baru iOS 13 pada acara WWDC (Worldwide Developers Conference) yang dijadualkan pada 4-8 Jun 2019.

Sumber: Bloomberg

Sumber foto utama: 9to5Mac