iOS 13 Akan Pamer Amaran Langganan Aktif Apabila Sesebuah Aplikasi Hendak Dipadam

Sistem operasi Apple, iOS 13 yang baru dilancarkan dalam versi Beta memperkenalkan ciri terbaru iaitu mengingatkan pengguna apabila ingin memadam sesuatu aplikasi.

Jika sesuatu aplikasi itu mempunyai servis langganan, sistem iOS 13 ini akan mengeluarkan pop-up yang memberitahu pengguna sama ada ingin membatalkan langganan atau tidak.

https://twitter.com/viticci/status/1140780962013437952

Ini kerana jika pengguna memadam sesuatu aplikasi di dalam peranti, pengguna masih mempunyai akses di laman sesawang rasmi aplikasi itu seperti langganan aplikasi Netflix, Spotify dan lain-lain.

Bagi pengguna yang ingin membatalkan langganan, pengguna mempunyai pilihan untuk menguruskan langganan dan begitu juga kepada pengguna yang ingin meneruskan langganan.

Kapsyen: Pop-up ini turut mengingatkan pengguna tentang tempoh langganan sebelum ia tamat.


Ia sekaligus memberi informasi yang berguna supaya pengguna tidak rugi membayar sesuatu yang mereka tidak gunakan atau mengelakkan berita-berita berkenaan aplikasi itu masuk ke dalam peti masuk E-mail anda.

Baca lagi - Ciri Terbaru iOS 13 Ini Akan Dapat Mengelakkan Bateri iPhone Anda Daripada Cepat Rosak

Sumber: Twitter, GSM Arena