iOS 12.4.6 Dilepaskan Untuk iPhone 5s, 6 Dan Model iPad Lama

Untuk peranti yang sudah berusia, sudah semestinya anda tidak akan mendapat kemaskini iOS 13.4 yang baharu tersebut. Tetapi jangan risau, Apple tetap tidak lupakan pengguna dengan peranti lama.

Selain iOS 13.4, Apple juga turut melepaskan kemaskini iOS 12.4.6 untuk peranti lama yang tidak menyokong iOS atau iPadOS 13. Senarai peranti tersebut adalah:

  • iPhone 5S

  • iPhone 6

  • iPhone 6 Plus

  • iPod touch (6th generation)

  • iPad Air (1st generation)

  • iPad mini 2

  • iPad mini 3


Kemaskini ini walau bagaimanapun hanyalah merupakan tampalan sekuriti dan baik pulih pepijat sahaja dan tiada tambahan fungsi-fungsi baharu. Jika peranti anda tersenarai untuk kemaskini ini, hanya perlu pergi  Settings > General > Software Update dan tekan “Download and Install” pada bahagian bawah.