iOS 11 Sudah Terpasang Pada 65% Peranti Apple

Sebelum kalendar 2017 ditutup, dilaporkan bahawa iOS 11 sudah dijalankan pada 59% 26 peranti yang terpilih terdiri daripada iPhone, iPad dan iPod .

Kini, untuk bulan pertama tahun 2018, telah dicatatkan peningkatan dimana sebanyak 65% peranti serasi sudah dinaik taraf kepada sistem operasi berkenaan.



Jumlah itu kurang sedikit berbanding iOS 10 yang mencatat 76% pada Januari 2017 yang lepas.

IOS 11 tidak terlepas dari pelbagai isu-isu yang timbul namun Apple tetap berusaha membawakan kemaskini untuk pengguna mereka termasuklah iOS 11.2.5 yang dikatakan sedang berada dalam versi beta.

Tim Cook sebelum ini turut berjanji menawarkan ciri mematikan fungsi yang memperlahankan prestasi iPhone mereka.

Sumber: wccftech