iOS 11.4 Bikin Pengguna Iphone Berang

iOS 11.4 merupakan kemas kini yang baru dikeluarkan oleh Apple. Namun begitu, kemas kini tersebut tidak mendapat sambutan yang baik kerana sebahagian daripada pengguna peranti iPhone berhadapan dengan beberapa masalah fungsi pada peranti.

Menurut @XavierNaxa melalui kiriman Twitternya, antara masalah yang dilaporkan adalah jangka hayat bateri menurun dan gangguan pada fungsi kamera. Masalah ini dihadapi oleh beberapa buah peranti iPhone iaitu iPhone 6, iPhone 6 Plus, iPhone 6s, iPhone 6s Plus, iPhone 7 dan iPhone 7 Plus. Ada juga pemilik peranti iPhone 10 menyuarakan masalah yang sama.

 

Kapsyen: Bebenang oleh @XavierNaxa di laman sosial Twitter


 





Pihak Apple masih belum keluarkan kenyataan rasmi berkenaan masalah ini. Harap pihak Apple dapat selesaikan masalah ini dengan segara.

Pengguna peranti iPhone disarankan untuk menunda kemas kini iOS 11.4 sehingga masalah ini dapat diselesaikan dalam kemas kini akan datang.

Adakah peranti anda mengalami masalah yang sama? Kongsikan bersama kami dalam ruangan komen.

 

Sumber