Intisari Acara ASUS #WeLovePhoto Di Taiwan- Antara Yang Menarik Tentang Variasi Model Zenfone 4 Dan ZenUI 4.0

Wiser.my dijemput untuk hadir dalam satu acara perasmian telefon Asus Zenfone yang mengetengahkan barisan baru untuk tahun ini. Kami juga sempat berjumpa dengan maha guru Amanz.my dan kami berbesar hati dan segan silu dapat beramah mesra dengan beberapa nama yang lain seperti Pokde.net, Era Of The Geek, Tek Gila, The Sun, Lowyat.net, The Skop dan banyak lagi. Terima kasih ASUS Malaysia kerana menjumput kami.

Acara pelancaran "We Love Photo" yang baru sahaja tamat petang tadi telah berlangsung di bandar Taipei dengan dihadiri Gong Yoo, pelakon pujaan ramai dari Korea Selatan yang dilantik menjadi duta bagi siri model tersebut.



Acara bermula dengan ucapan dari Pengerusi ASUS sendiri iaitu Jonney Shih. Beliau memulakan ucapan dengan memetik tentang teknologi enjin SuperPixel yang didakwa mampu memberikan keupayaan low-light yang lebih tinggi berbanding kamera telefon pintar lain. Teknologi ini sebenarnya telah diimplimentasi oleh model Zenfone 3 Zoom.



Kemudian disusuli oleh Pengarah Rekabentuk iaitu Jen Chuang. Beliau merasmikan dua model Asus Zenfone yang memfokuskan kepada penggunaan selfie, seperti nama yang diberikan. Dua model ini adalah ASUS Zenfone 4 Selfie dan Zenfone 4 Selfie Pro.



Kedua-dua peranti ini memiliki tetapan dwi-kamera selfie bersama pandangan luas 120 darjah.



ASUS Zenfone 4 Selfie dan Zenfone 4 Selfie Pro kedua-duanya dimuatkan dengan saiz aperture f/1.8 dengan menggunakan sensor IMX 362 dengan saiz piksel 1.4nm.



Kedua-dua peranti ini turut memperlihatkan lampu LED softlight di bahagian hadapan.



Zenfone 4 Selfie memiliki tetapan dwi-kamera iaitu pada 20-Megapiksel (12MP+8MP) duo-piksel manakala Zenfone 4 Selfie Pro pula memiliki 24-Megapiksel (12MP+12MP) duo-piksel.



Yang menariknya, kedua-dua model ini diberikan keupayaan rakaman video selfie dengan resolusi 4K pada 60fps.



Satu lagi ciri menarik yang dibawakan oleh model baru ini adalah rekaan triple slot yang membenarkan pengguna menggunakan dua kad-sim. Dengan antaramuka ZenUI 4.0, pengguna dapat menggunakan ciri aplikasi kembar (twin apps) yang kami akan cerita di bahagian seterusnya.



Seterusnya Marcel Campos,Ketua Pemasaran pula naik ke pentas. Beliau menyentuh tentang antaramuka baru dari ASUS iaitu ZenUI 4.0.



Menurut mereka ZenUI 4.0 memberikan rekaan yang lebih ringkas dan dilihat mengurangkan bloatware didalam sistem operasi mereka.



Seperti yang disebutkan di bahagian atas sebentar tadi, ASUS turut membawkan ciri Twin Apps yang membenarkan pengguna log masuk dua akaun di aplikasi sosial media tanpa perlu memuat turun aplikasi pihak ketiga.



Mereka juga mendakwa aplikasi yang dijalankan melalui sistem operasi ZenUI 4.0 ini adalah lebih pantas daripada sebelumnya.



ASUS turut berkata mereka adalah peranti terawal yang akan menerima kemaskini Android O. Mereka juga memberitahu yang dijalankan dengan sistem operasi ZenUI 3.0 akan dinaik taraf ke sistem operasi ZenUI 4.0 malah juga akan menerima Android O selepas ianya dilancarkan tidak lama lagi.



Marcel Campos turut menyentuh tentang keupayaan dwi-kamera utama yang dibawakan oleh Zenfone 4 dan Zenfone 4 Pro.

Untuk model Zenfone 4, kamera utamanya dibina dengan sensor imej Sony IMX 362 dengan saiz piksel 1.4nm digabungkan dengan fungsi penstabilan imej 4 paksi. Dengan sensor 12MP dan aperture f/1.8memberikan 5 kali ganda kecerahan pada gambar yang diambil.



Manakala untuk mdoel Zenfone 4 Pro pula, kamera utamanya memperlihatkan sensor duo-piksel pada 16-Megapiksel dengan keupayaan zoom optikal 2x dengan total zoom keseluruhan 10x.  Dengan menggunakan imej sendor Sony IMX 362, mereka mendakwa kamera utama peranti ini mampu menghasilkan gambar 8 kali lebih cerah dalam low-light. Nilai aperture adalah f/1.7 manakala f/1.9 dikamera depan.



Mereka turut menekankan tentang ciri pandangan luas 120 darjah yang memberikan pandangan 200% lebih luas.





Satu lagi perkara menarik tentang model Zenfone 4 dan Zenfone 4 Pro adalah kepayaan rakaman video pada 120fps dengan fungsi slow-motion pada 120fps/240fps.





ASUS turur berkerjasama dengan DTS Headphone dalam membawakan pengalaman audio yang lebih jitu dengan pada pembesar suara di bahagian atas dan bawah peranti.

Berikut adalah rumusan setiap model;



Boleh sambung baca di sini untuk info tentang harga dan ketersediaan setiap model Zenfone baru di pasaran Malaysia.

https://wiser.my/asus-memperkenalkan-5-model-zenfone-baru-zenfone-4-pro-zenfone-4-zenfone-4-selfie-zenfone-4-selfie-pro-dan-zenfone-4-max-pro/

Berkaitan