Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Internet Percuma Tanpa Had Untuk Pengguna Celcom Pada 11 Oktober (Esok)

Internet Percuma Tanpa Had Untuk Pengguna Celcom Pada 11 Oktober (Esok)

Diterbitkan Oktober 10, 2020 · Dikemas kini Oktober 10, 2020 oleh Meor Hasyim

Celcom kini telah mengumumkan bahawa mereka akan menawarkan penggunaan internet tanpa had pada 11 Oktober 2020 yakni esok hari. Ia adalah bersempena “Feel Good Sunday Campaign” pada hari ahad.

Internet percuma tanpa had yang ditawarkan walau bagaimanapun adalah dalam tempoh terhad bermula 12 tengahari sehingga 6 petang hari tersebut.

Penawaran ini adalah merangkumi kesemua pengguna Celcom termasuklah pengguna prabayar, pascabayar dan juga Enterprise dengan talian aktif.

Penawaran ini juga tidak boleh ditebus pada hari atau masa lain bermakna anda perlu menggunakannya pada tempoh yang ditawarkan.

Penggunaan hotspot atau tethering juga turut boleh digunakan secara percuma melalui kempen ini.

Jika pengguna menggunakan internet sebelum atau selepas dari tempoh diberikan, internet mereka akan tertakluk di bawah penggunaan pelan masing-masing (ditolak dari kuota).

Maklumat lanjut mengenai penawaran Celcom ini, sila ke pautan diberikan.

Sumber: Celcom

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
©2026 WISER.MY