Internet Anda Perlahan, Tidak Puas Hati Dan Mahu Buat Aduan? Ini Caranya

Apabila perkongsian tentang 5G dibuat, rata-rata pengguna meluahkan komen rangkaian internet dikawasan mereka perlahan. Sama ada rangkaian mudah alih mahupun jalur lebar. Banyak faktor yang boleh menyumbang kepada isu kelajuan itu.

Contohnya seperti perkakasan rangkaian seperti penghala (router) atau modem bermasalah, ataupun rangkaian internet anda digodam jiran terdekat. Namun sekiranya faktor-faktor kecil diatas tidak mendatangkan masalah, anda haruslah melaporkannya kepada pengendali rangkaian. Anda tidak pasti dan mahu membuat aduan? Ikuti cara-cara mudah ini.

1. Gunakan platform penguji kelajuan


Terdapat banyak platform penguji kelajuan yang ditawarkan. Sama ada terus dari laman web mahupun aplikasi untuk telefon pintar. Antara yang popular adalah Speedtest (Android, iOS), Fast.com (Android, iOS) atau TM Speedtest . Jika menggunakan komputer, anda boleh terus ke laman web yang disediakan.



Melalu ujian ini, anda boleh mendapat gambaran tentang kelajuan sedia ada, adakah ia sama atau sebaliknya dengan kelajuan yang anda langgan.

2. Lakukan ujian


Bagi mendapatkan hasil ujian yang lebih tepat, anda perlu melakukan beberapa perkara mudah seperti mematikan sambungan VPN, gunakan kabel untuk sambungan komputer ke modem dan lain-lain lagi.



Untuk bahagian ini, anda boleh lanjutkan bacaan - Cara Untuk Uji Kelajuan Internet Yang Lebih Tepat.

3. Simpan keputusan ujian


Setelah ujian dilaksanakan, simpan keputusan ujian sebagai rujukan ketika aduan dibuat. Bagi internet mudah alih, boleh lakukan ujian didalam dan diluar rumah untuk melihat jika terdapat perbezaan antara keduanya.



Bagi ujian jalur lebar iaitu WiFi, tidak perlu bersusah payah mengheret peranti itu keluar ya. Maklumat tambahan seperti rekod kad SIM mungkin diperlukan. Anda boleh rakam skrin pada bahagian tetapan kad SIM.

4. Buat aduan


Setelah selesai dengan ujian, hantarkan aduan kepada penyedia perkhidmatan. Namun jika adua tersebut tidak dapat diselesaikan atau tidak memuaskan, boleh lanjutkan laporan kepada bahagian aduan SKMM.



Laporan boleh dibuat secara dalam talian di MCMC Complaint Portal. Isi ruangan laporan dengan lengkap dan lampirkan sekali hasil keputusan yang sudah dibuat.

Sumber: CFM

Berkaitan