Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Intel Umumkan 7 Cip Pemprosesan Alder Lake HX Terbaru

Intel Umumkan 7 Cip Pemprosesan Alder Lake HX Terbaru

Diterbitkan Mei 12, 2022 · Dikemas kini Mei 12, 2022 oleh ariff bukhari

Intel hari ini telah mengumumkan sebanyak 7 cip pemprosesan terbaru bagi keluarga Intel Core Gen-12 (Alder Lake).

Cip pemprosesan terbaru bagi keluarga Intel Core Gen-12 itu dikenali sebagai Intel® Core™ HX.

Intel Core HX menawarkan sehingga 16 teras (8 teras prestasi dan 8 teras kecekapan) serta 24 bebenang.

Ia juga menyokong memori RAM DDR5/LPDDR5 (4800MHz/5200MHz) dan DDR4 (3200MHz/LPDDR4 4267MHz) sehingga 128GB serta buat pertama kalinya Intel Core HX menyokong ciri unlocked dan overclock bagi siri cip pemprosesan komputer riba.

intel core HX Gen 12 3

Intel menyatakan, cip pemprosesan berkuasa ini akan menguasakan hampir untuk semua model komputer riba permainan berprestasi tinggi.

Malah ia juga bakal menjadi cip pilihan pembangun kandungan dan profesional dalam industri kreatif untuk menjalankan proses render elemen 3D.

Intel mendakwa, cip Intel Core HX Gen-12 merela memberikan peningkatan prestasi sehingga 65% dengan lebih teras, bebenang, memori dan I/O.

intel core HX Gen 12 2

Intel memaklumkan terdapat lebh daripada 10 stesen kerja dan rekaan permainan dikuasakan oleh Intel Core HX Gen-12 mereka.

Intel Core HX Gen-12 dijangka akan dilancarkan oleh sebahagian besar pengeluar komputer tahun ini termasuklah Dell, HP, Lenovo dan lain-lain.

Cip Intel Core HX itu ditawarkan dalam model Core i5, Core i7 dan Core i9.

intel core HX Gen 12 1

Sumber: Intel 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY