Intel Tambah Fasiliti 14nm Bagi Memastikan Permintaan Cip Mereka Dapat Dipenuhi

Intel sedang menghadapi masalah terutamanya dalam menyiapkan pesanan melibatkan cip yang berdasarkan teknologi fabrikasi 14nm sehinggakan memberi impak negatif kepada produk-produk mereka yang lain.

Sehubungan itu, Intel telah mengeluarkan beberapa dokumen bagi memperjelaskan rancangan mereka untuk mengatasi masalah yang sedang dihadapi mereka serta langkah-langkah konkrit bagi memastikan bekalan sebahagian produk cip pemprosesan mereka mencukupi di pasaran.



Intel akan menambah fasiliti bagi menguji produk akhir mereka sebelum dipasarkan kepada pengguna mereka. Fasiliti terbaru ini yang berada di Vietnam ini juga akan menggunakan fasiliti sedia ada seperti di China dan juga Malaysia bagi memenuhi permintaan pasaran.

Ditambah dengan pengenalan peranti iPhone dari Apple yang kini menggunakan sepenuhnya modul modem dari Intel, Intel terpaksa meningkatkan kapasiti pengeluaran mereka dalam masa setahun.

Impak dari kelemahan Intel dalam memenuhi permintaan telah menjangkiti ke hampir semua produk cip pemprosesan samada cip Core™ dan juga Xeon. Akibatnya, harga cip mereka meningkat di pasaran dan memudahkan pesaing mereka menawarkan harga produk yang lebih kompetitif.

Sumber