Intel Sahkan Pelancaran CPU Coffee Lake Mereka Pada 8 Oktober Ini

Intel telah pun mengedarkan jemputan kepada media mengenai acara siaran langsung mereka pada 8 Oktober di akaun rasmi Twitter mereka. Acara tersebut yang bakal menyaksikan salah satu cip generasi ke-9 mereka, Intel® Core™ i9-9900K dilancarkan secara rasmi kepada umum.

https://twitter.com/intelnews/status/1048632180845379585

Antara cip lain pula adalah Intel® Core™ i7-9700K dan Core™ i5-9600K. Spesifikasi yang tertiris mengenai cip Intel® Core™ i9-9900K pula menunjukkan kiraan teras sehingga 8 dan bebenang sehingga 16; menyamai kiraan teras dan bebenang cip AMD Ryzen 7 2700X tetapi dengan harga yang berbeza.







Untuk harga yang dipercayai akan mengiringi cip-cip ini adalah bermula dari $701.11 (RM 2,911.01) untuk Core™ i9-9900K. Namun pada ketika ini, harga jualan cip ini masih lagi samar-samar dan tidak dapat disahkan.

Sumber: VideoCardz, Hothardware