Intel Rocket Lake-S Akan Hadir Dengan 8 Teras, Sokong PCIe 4.0 Dan Papan Induk Z490

Sebelum ini Intel telah memaklumkan bahawa mereka akan melancarkan cip pemproses generasi baharu, Rocket Lake pada suku pertama 2021.

Dikatakan cip pemproses ini akan menyokong papan induk Z490 dan PCIe 4.0. Ia turut menggunakan seni bina pemproses 14nm dan menawarkan sehingga 8 teras SKU.

Laporan dari Wccftech, cip ini akan hadir pada Mac 2021 dan Intel akan mencabar pesaingnya iaitu AMD dengan siri Ryzen 5000 melalui seni bina yang dinamakan Cypress Cove.



Siri Rocket Lake-S juga mampu mencapai 5.0 GHz sambil menawarkan penambahbaikan arahan dua digit per kitaran (IPC) berbanding generasi Comet Lake-S.

Selain menyokong papan induk Z490, cip pemproses ini juga adalah pemproses pertama yang menyokong PCIe 4.0 bersama-sama USB 3.2 Gen2x2 sehingga 20Gbps.

Intel dipercayai akan menggantikan Rocket Lake-S ini dengan Alder Lake-S iaitu cip pemproses Gen-12 yang mungkin hadir pertengahan tahun 2021. Ia akan gunakan seni bina 10nm dan soket LG 1700.

Sumber: Wccftech