Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Intel Perkenalkan Generasi Cip Grafik Terbaru Intel Iris Xe MAX

Intel Perkenalkan Generasi Cip Grafik Terbaru Intel Iris Xe MAX

Diterbitkan November 1, 2020 · Dikemas kini November 1, 2020 oleh ariff bukhari

Intel hari ini mengumumkan cip grafik terbaru yang dikenali sebagai Intel Iris Xe MAX. Cip grafik ini dibangunkan di platfom 10nm SuperFin Intel dengan ciri teknologi Intel Deep Link.

Intel menyatakan bahawa mereka mensasarkan Iris Xe MAX bagi menguasakan grafik pada model-model komputer riba nipis dan ringan untuk generasi akan datang.

“We set out to redefine the role of discrete graphics in thin-and-light laptops and address a growing segment of creators who want more portability. Iris Xe MAX graphics and Intel® Deep Link technology serve as examples of the kind of platform-level innovation that Intel plans to bring to market in the future as we execute to our scalable Xe roadmap.” Roger Chandler, Naib Presiden dan Pengurus Produk Pelanggan Intel.

Intel Perkenalkan Generasi Cip Grafik Terbaru Intel Iris Xe MAX
Cip grafik Intel Iris Xe MAX juga menggunakan kod nama “DG1”. Intel Iris Xe MAX adalah platfom GPU Xe pertama dari Intel yang direka khusus untuk komputer riba. Kredit: Intel Corporation

Intel Iris Xe MAX didatangkan bersama cip pemprosesan generasi Ke-11 Intel Core.

Dakwa Intel, cip grafik Iris Xe MAX mampu meningkatkan kuasa grafik komputer riba sehingga 7 kali lebih pantas dari model sebelumnya atau hampir sama dengan kepantasan kad grafik pihak ketiga.

Antara ciri utama terbaru yang diperkenalkan pada cip grafik ini ciri Game Sharpening dan Instant Game Tuning yang membolehkan pengguna melakukan tetapan bagi mendapatkan prestasi dan kualiti terbaik dari permainan komputer.

Intel turut memaklumkan, antara pengeluar komputer riba terawal yang akan dilengkapi dengan cip grafik ini adalah daripada Acer, Dell dan Asus.

Intel Perkenalkan Generasi Cip Grafik Terbaru Intel Iris Xe MAX
Selain Asus VivoBook Flip TP470, Intel Iris Xe MAX juga sudah ditawarkan dalam model terbaru komputer riba Acer Swift 3x dan Dell Inspiron 15 7000 2 in 1.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY