Intel NUC Quad-core Mini: Bersaiz kecil Berkuasa Besar





Perlukan komputer yang mampu melakukan apa sahaja tanpa memenuhi ruang meja anda? NUC Quad-core mini adalah jawapannya.

Komputer mini keluaran Intel itu dilengkapi dengan pemproses Skylake quad-core dan grafik bersepadu yang cukup lasak untuk mengendalikan beberapa permainan video 3D.

Antara spesifikasi yang terdapat di dalam NUC quad-core:







  • 2.6GHz Intel Core i7-6770HQ generasi ke-6 quad-core

  • Intel Iris Pro Graphics 580

  • Memori DDR4 sehingga 32GB

  • 2 slot M.2

  • 1 slot kad memori

  • Bluetooth 4.2

  • Sokongan WiFi 802.11b/g/n/ac

  • 1 port Ethernet

  • 1 port paparan

  • 1 port HDMI

  • 4 port USB 3.0

  • 1 port Thunderbolt 3

  • Tebal 1.7 inci, panjang 5.9 inci dan lebar 6.5 inci












Perlu diingat, Intel NUC tidak didatangkan dengan RAM, storan, ataupun sistem operasi. Komputer kecil ini dijual dengan harga $649.99.