Next Unit of Computing (NUC) daripada Intel sudah lama diperkenalkan. Ia adalah sebuah komputer bersaiz mini yang sesuai buat golongan yang ingin tampil lebih minimalist.
Terkini, Intel membawa teknologi mereka ini ke platform komputer riba pula dengan mengumumkan NUC M15 Whitebook.
Ditawarkan dengan dua varian iaitu varian permulaan yang dijana cip Tiger Lake Intel Core i5-1135G7, 8GB RAM, Intel WiFi 6 AX201 serta satu ruang untuk m.2 NVMe SSD.
Manakala varian tinggi menggunakan cip Intel Core i7-1165G7, 16GB RAM serta wifi dan slot SSD yang sama. Ia memberikan jenama lain untuk letak storan yang diingini sebelum dijual.
Hadir dengan paparan skrin bersaiz 15.6 inci dengan berat hanya 1.7kg. Intel juga mendakwa bateri 73Whr ini mampu memberikan main balik video selama 16 jam.
Pada bahagian sisi komputer riba ini pula, diletakkan port USB-A, Thunderbolt 4 dan bicu audio.
Tiada lagi harga rasmi buat komputer riba ini tetapi jenama-jenama lain sudah mula ingin menggunakan rekaan ini bagi barisan komputer riba mereka.
Usaha yang dilakukan Intel juga nampaknya memberikan jenama kecil seperti XPG dalam bersaing dengan jenama besar seperti HP, Asus, Dell, Acer dalam pasaran komputer riba.
Sumber: intel