Bermula dari Generasi ke-10 cip pemprosesan Intel Core.
Intel telah pun perkenalkan barisan cip pemprosesan Intel Core Generasi ke-10 dalam bulan ini. Setakat ini, sudah 19 cip pemprosesan Intel Core Generasi ke-10 telah pun diperkenalkan yang terdiri dari pada Intel Core i3 hinggalah i7 bagi komputer meja, komputer riba dan peranti 2 dalam 1 (U Series dan Y Series).
Selain itu, Intel juga memaklumkan bahawa bermula dari cip Intel Generasi ke-10, mereka akan menggunakan struktur nombor baru bagi menamakan cip pemprosesan mereka.
Untuk barisan produk cip pemprosesan Intel Core Generasi ke-10, susunan nombor alphanumeric bagi cip tersebut adalah seperti contoh di bawah.
Dua digit pertama dari empat digit (merujuk rajah di atas) 10, membawa maksud generasi cip pemprosesan Intel iaitu generasi ke-10.
Diikuti digit 65 yang merujuk kepada nombor SKU cip pemprosesan dan seterusnya adalah level grafik yang dibawa bersama cip tersebut.
Sebelum ini, struktur nombor bagi cip pemposesan Intel adalah seperti rajah di bawah:-
Sumber: Intel
Berkaitan
- Intel Mencapai Rekod Pendapatan Sehingga USD72 Bilion Pada Tahun 2019
- Intel Hadir Dengan 18 Cip Pemprosesan Terbaru Intel Core Generasi Ke-9 Bagi Komputer Meja
- Kemas Kini WSA Windows 11 Tingkatkan Prestasi Cip AMD Dan Intel Sehingga 50% - Microsoft
- Intel Perkenalkan Kit Komputer Meja Mini Modular “Beast Canyon”
- ASUS Lancar Zenbook 14 Flip OLED, Dikuasakan Cip Intel Gen-13
- Apple Memfailkan Saman Terhadap Corellium Kerana Mereplika Sistem Operasi iOS
- Intel Menukar Logo Dan Bunyi Ikonik "Bong"
- Intel Dan IOI Bekerjasama Mengoptimum Prestasi Permainan Komputer Hitman 3
- Intel Mengacah Rupa Kad Grafik Arc 'Alchemist' Dengan Menerbangkan 1000 Unit Dron
- 'Gamers' Memilih Cip Intel Berbanding AMD - STEAM