Intel Mendakwa Core i9-10900K Adalah Cip Permainan Komputer Meja Paling Berkuasa Di Dunia

Intel melancarkan barisan terbaru cip pemprosesan siri S.


Intel telah melancarkan barisan model terbaru cip pemprosesan bagi komputer meja iaitu Intel Core S-series generasi ke-10 (Comet Lake).

Siri terbaru ini hadir  dengan model Intel Core i3, Intel Core i5, Intel Core i7 dan termasuklah siri flagship iaitu Core i9-10900K yang didakwa intel sebagai cip pemprosesan permainan untuk komputer meja paling berkuasa di dunia.

“Intel is committed to enabling the future of powerful desktop gaming by continuously pushing the performance boundary to deliver an amazing PC gaming experience. The 10th Gen Intel Core S-series for desktops, and the Intel Core i9-10900K processor, the world’s fastest gaming processor reinforces our commitment to the gaming and enthusiast communities.” Brandt Guttridge, Pengarah Kanan, Desktop Products Group Intel.



Menurut Intel, spesifikasi Core i9-10900K dengan 10 teras, 20 bebenang dan kelajuan memori DDR4-2933 meningkatkan keseluruhan prestasi komputer meja sehingga 31%  (berbanding versi komputer meja yang berusia 3 tahun sebelumnya).

Pencapaian itu juga dicapai dengan pengenalan generasi terbaru Intel® Turbo Boost Max Technology 3.0 dalam barisan Intel Core S-series generasi ke-10 ini.

Antara ciri-ciri baru lain yang ada pada barisan cip terbaru Intel ini termasuklah Intel Thermal Velocity Boost, Intel Hyperthreading Technology dan sokongan capaian teknologi tanpa wayar Wi-Fi 6.

Barisan Intel Core S-series generasi ke-10 ini dijangka akan mula berada di pasaran seawal dalam bulan Mei ini.