Intel Melihat Jauh Dalam Mengalukan Kedatangan Era Perkomputeran Yang Baru

Intel tidak lagi berkisar tentang cip komputer sahaja.

Syarikat pembuat cip komputer itu telah menggunakan pentas di Computex, Taipei bagi mengatakan tentang era baru dalam dunia komputer dan peranannya untuk membawa kita ke dunia masa depan.

Pengurus besar Intel dalam bahagian Perkomputeran Pelanggan telah berkata mereka sedang memfokuskan tentang peranti, sambungan, faktor saiz dan juga prestasi.

Sebagai contoh, mereka mempersembahkan tentang teknologi VR yang tidak menggunakan sambungan wayar.

Mereka menggunakan peranti HTC Vive menggunakan teknologi WiGig.

Ini membolehkan peranti VR dimainkan tanpa ada perlu risau tentang kabel sambungan.

Produk itu akan menemui orang ramai pada awal tahun 2018.



Mungkin anda juga pernah melihat ComputerCard yang muncul pada CES tahun ini.

Kali ini Intel telah membuat demo tentang komputer yang bersaiz kad kredit itu yang mempunyai cip pemprosesan, ruang penyimpanan dan sambungan, semuanya dalam satu.

Contoh penggunaan ialah apabila seorang pelajar boleh menggunakan komputer kecil itu ke dalam tablet dan menggunakannya sebagai medium perbentangan di sekolah.

Modul komputer itu boleh dikeluarkan dan ditingkatkan hanya dengan satu butang.

Untuk segmen gaming pula, Intel telah mengeluarkan cip X-series terbaru mereka yang direka untuk peminat permainan komputer.

Dengan cip berteraskan 18 cores, segala tugas multitasking yang berat boleh dilakukan dengan tanpa sebarang masalah.



Sumber