Intel Melepaskan Kemas Kini Pemacu Grafik Dan Audio Bagi Menyokong Windows 10 Version 20H2

Seiring dengan versi terbaru Windows 10 Version 20H2 aka October 2020 Update yang dilepaskan Microsoft kepada para pengguna Windows 10, Intel juga turut melepaskan kemas kini terbaru khusus untuk pemacu grafik mereka.

Versi terbaru pemacu 27.20.100.8853 Intel itu ditawarkan bagi membolehkan cip grafik Intel menyokong kemas kini terbaru yang dilepaskan Microsoft.

Menerusi kemas kini pemacu itu, Intel memaklumkan bahawa kualiti grafik pada cip grafik Iris Xe, Iris Plus atau siri cip grafik Intel yang lebih baik menyokong pelbagai judul permainan komputer popular termasuklah Doom Eternal: The Ancient Gods – Part One, Aquanox: Deep Descent dan Age of Empires III: Definitive Edition.

Turut disenaraikan adalah judul-judul permainan seperti Amnesia: Rebirth, World of Warcraft: Shadowlands, Torchlight III dan RuneScape.

Selain itu, Intel turut menyenaraikan penambahbaikan pada kualiti grafik bagi judul permainan Halo: Combat Evolved Anniversary dan Ori and the Will of the Wisps.




"Playability Improvements for Halo: Combat Evolved Anniversary* and Ori and the Will of the Wisps* on 11th Generation Intel® CoreTM Processors with Iris Xe Graphics." Intel




Untuk info lanjut tentang senarai penuh kandungan kemas kini pemacu yang dilepaskan Intel khusus bagi Windows 10 October 2020 Update ini, sila layari laman rasmi Intel.com.

Fail kemas kini itu pula boleh dimuat turun secara berasingan dari laman rasmi Intel Download Center.