Versi terbaru pemacu 27.20.100.8853 Intel itu ditawarkan bagi membolehkan cip grafik Intel menyokong kemas kini terbaru yang dilepaskan Microsoft.
Menerusi kemas kini pemacu itu, Intel memaklumkan bahawa kualiti grafik pada cip grafik Iris Xe, Iris Plus atau siri cip grafik Intel yang lebih baik menyokong pelbagai judul permainan komputer popular termasuklah Doom Eternal: The Ancient Gods – Part One, Aquanox: Deep Descent dan Age of Empires III: Definitive Edition.
Turut disenaraikan adalah judul-judul permainan seperti Amnesia: Rebirth, World of Warcraft: Shadowlands, Torchlight III dan RuneScape.
Selain itu, Intel turut menyenaraikan penambahbaikan pada kualiti grafik bagi judul permainan Halo: Combat Evolved Anniversary dan Ori and the Will of the Wisps.
"Playability Improvements for Halo: Combat Evolved Anniversary* and Ori and the Will of the Wisps* on 11th Generation Intel® CoreTM Processors with Iris Xe Graphics." Intel
Untuk info lanjut tentang senarai penuh kandungan kemas kini pemacu yang dilepaskan Intel khusus bagi Windows 10 October 2020 Update ini, sila layari laman rasmi Intel.com.
Fail kemas kini itu pula boleh dimuat turun secara berasingan dari laman rasmi Intel Download Center.
Berkaitan
- Tetapan Gestur 'Touchpad' Windows 10 Yang Berguna Tetapi Jarang Digunakan Di Komputer Riba
- Cara Jadikan Telefon Pintar Galaxy Sebagai Skrin Kedua Komputer Windows Anda
- Perisian ZIP Popular Di Windows Ini Didapati Alami Isu Keselamatan
- Penantian 10 Tahun Bakal Berakhir, GTA 6 Dilapor Akan Diumum Minggu Ini
- Harga MacBook Air Di Malaysia Kini Boleh Mencecah Lebih RM10 Ribu
- Pergerakan Rentas Negeri Dijadualkan Dari 7 Mei Hingga 10 Mei 2020
- Aplikasi YouTube Music Kini Tersedia Pasang Pada Semua Peranti Android 10
- 100 Kata laluan paling lemah yang digunakan sepanjang tahun 2018
- Microsoft Tidak Akan Membenarkan PC Yang Tidak Memenuhi Keperluan Minimum Windows 11 Menjalankan Sistem Operasi Tersebut
- 10 Judul Permainan Komputer, Mudah Alih Dan Konsol Paling Popular Setakat Disember 2020