Intel Melancarkan Cip Pemprosesan Terbaru Intel Xeon W-2200

Cip pemprosesan yang mungkin akan digunakan pada model terbaru iMac Pro nanti.


Intel hari ini mengumumkan kehadiran cip pemprosesan terbaru Intel Xeon W-2200 yang dijangka berpontensi akan digunakan pada model terbaru iMac Pro nanti.

Ketika ini, iMac Pro yang pertama kali diperkenalkan Apple pada Jun 2017 lalu menggunakan versi cip pemprosesan Intel Xeon W. Sejak itu, Apple tidak melakukan sebarang kemas kini perkakasan pada model iMac tersebut

Jadi, dengan kehadiran Intel Xeon W-2200 ini, ia mungkin petanda Apple akan memperkenalkan model terbaru iMac Pro dengan perkakasan yang dinaik taraf tidak lama lagi.

Menurut Intel, Xeon W-2200 menawarkan peningkatan prestasi grafik 3D sehingga 2 kali ganda, 97% lebih pantas bagi penyuntingan video 4K serta 2.1 kali lebih pantas bagi permainan komputer.

Sebelum ini, Intel telah pun melancarkan barisan terbaru model cip pemprosesan Intel Cascade Lake-X yang akan memberikan pengguna lebih pilihan bagi mendapatkan cip berprestasi tinggi pada harga yang lebih murah berbanding cip-cip berprestasi tinggi mereka yang lain.

Sama seperti Intel Cascade Lake-X, Intel Xeon W-2200 akan mula dipasarkan dalam bulan November tahun ini.

https://www.youtube.com/watch?v=-PbjNQou13c

Berkaitan