Intel Core i9-9980XE, Untuk Mereka Yang Serius Mengenai Sistem Komputer Mereka

Intel tidak sahaja berhenti untuk platfom Intel® Core™, malah siri X atau lebih senang dikategorikan sebagai HEDT juga diberi nafas baru oleh Intel. Core X-Series bermula dari cip Intel® Core™ i7-9800X yang dilengkapi dengan 8 teras dan 16 bebenang; menjadi penghubung antara Core™ i9-9900K ke platfom HEDT sehingga Core i9-9980XE yang memakai 18 teras dan 36 bebenang. Lebih menarik, cip X-series ini masih boleh digunakan oleh platfom X299.



Intel memperkenalkan kembali STIM (Solder Thermal Interface Material) untuk cip generasi ke-9 mereka bagi memberikan lebih kebebasan rekaan haba untuk sistem pengguna. Antara fungsi lain yang disokong oleh cip X-series ini adalah:

  • sokongan memori saluran DDR4

  • 68 saluran PCIe

  • memori cache sehingga 24.75MB

  • 165W TDP












































































SKU Intel Core i9-9980XE Intel Core i9-9960X Intel Core i9-9940X Intel Core i9-9920X Intel Core i9-9900X Intel Core i9-9820X Intel Core i9-9800X
Teras\Bebenang 18\36 16\32 14\28 12\24 10\20 10\20 8\16
Clockspeed asas 3.0GHz 3.1GHz 3.3GHz 3.5GHz 3.5GHz 3.3GHz 3.8GHz
Clockspeed (boost) 4.5GHz 4.5GHz 4.5GHz 4.5GHz 4.5GHz 4.5GHz 4.5GHz
Cache L3 24.75MB 22MB 19.25MB 19.25MB 19.25MB 16.5MB 16.5MB
TDP 165W 165W 165W 165W 165W 165W 165W
Harga $1,979 $1,684 $1,387 $1,189 $989 $898 $589