Intel Core i9-9900K Hadir Dengan Imej Kotak Unik Yang Tertiris Bersama Harga Jualan

Cip pemprosesan berprestasi tinggi dari Intel, Core i9-9900K telah mula menampakkan diri sebelum penjualan rasmi bermula. Untuk makluman, Core i9-9900K ini akan menawarkan sehingga 8 teras dengan 16 bebenang, satu nilai tertinggi setakat ini datang dari Intel untuk kelas pengguna.

Pesaing terdekat mereka pula, AMD telah memperkenalkan cip dengan kiraan teras yang sangat tinggi sehingga 32 untuk model Ryzen Threadripper 2990WX. Malah dari generasi Threadripper generasi pertama lagi, kotak yang menempatkan cip berprestasi tinggi ini juga hadir dengan rekaan yang menarik.

Kapsyen: Ryzen Threadripper 1900X


Kapsyen: Ryzen Threadripper 2990WX


Nampaknya Intel juga tidak mahu ketinggalan dalam perkara ini jika dilihatkan pada imej tertiris yang dipercayai akan memuatkan cip Intel® Core™ i9-9900K.



Sebagai permulaan, cip ini mengandungi 8 teras dengan 16 bebenang dan mempunyai clockspeed asas sebanyak 3.6 GHz yang boleh dipertingkatkan sehingga 5.0GHz untuk dua teras. Harga yang dicadangkan oleh laman sesawang Amazon bermula dari $582.50 (RM 2,410.38).

Sumber: Wccftech, Tom's Hardware, Hothardware