Intel Core Generasi Ke-9 Dengan Cip Sehingga 8 Teras Menemui Pasaran Seawal Oktober

Intel dikatakan akan memperkenalkan cip siri Core generasi ke-9 mereka pada suku ke empat tahun ini. Cip yang menjadi buah mulut di kalangan orang industri dan peminat akan menampilkan cip dengan kiraan teras tertinggi setakat ini untuk kelas pengguna, Core i9-9900K yang dikatakan akan menggunakan 8 teras / 16 bebenang.



Laporan dari Wccftech mengatakan sebanyak 3 cip iaitu; Intel Core i9-9900K (8 teras / 16 bebenang), Core i5-9700K (8 teras / 16 bebenang), Core i5-9600K (6 teras / 6 bebenang).

Semuanya menggunakan teknologi fabrikasi 14nm++ yang sama, mengundang kritikan memandangkan pesaing-pesaing lain sudah beralih ke 10nm.

Core i9 mempunyai 16MB cache, clockspeed asas 3.6GHz dan boleh dinaikkan sehingga 5GHz. Core i7 pula akan menggunakan cache 12MB, clockspeed asas 3.6GHz dinaikkan sehingga 4.9GHz dan akhir sekali ada Core i5 yang memegang nilai cache 9MB, clockspeed asas 3.7GHz yang boleh ditingkatkan sehingga 4.6GHz. Kesemuanya mempunyai nilai TDP sehingga 95W.

Core i9 dijangka dijual dengan harga bermula RM 1,843, RM 1,433 untuk Core i7, dan RM 1,024 untuk cip core i5.

Sumber: Wccftech, Tom's Hardware