Intel Core Generasi Ke 8 Untuk Desktop Khusus Untuk Gamer

Intel baru sahaja menunjukkan cip pemprosesan generasi ke-8 mereka untuk edisi desktop yang dikhususkan untuk komputer permainan.

Dilancarkan pada 5 Oktobernanti, CPU terbaru ini dioptimakan untuk memberikan pengalaman lebih baik untuk VR, Twitch streamer dan pencipta kandungan. Intel menggelarkan CPU ini sebagai cip pemprosesan terbaik untuk permainan.

Seperti kebiasaan, cip terbaru ini menjanjikan prestasi yang lebih pantas dan effisen. Ia akan ditawarkan dalam 3 pilihan iaitu Core i3, Core i5 dan Core i7 dengan cip 6 teras pertama untuk Core i5 dan cip 4 teras pertama untuk Core i3.

Ciri-ciri khas termasuk Intel Turbo Boost 2.0 untuk prestasi yang lebih termasuk dengan teknologi Hyper-Threading Intel yang membolehkan CPU menangani beban dengan lebih berkesan.

Cip ini menyokong sehingga 64GB DDR4 RAM untuk kepantasan prestasi memori.

Mengikut Intel, CPU terbaru ini membolehkan 25% framerates untuk permainan berat seperti Gears of War 4 jika dibandingkan dengan cip generasi terdahulu. Untuk pencipta kandungan pula, cip CPU terbaru ini memberi 32% lebih prestasi apabila melakukan penyuntingan video 4K.

Harga yang ditawarkan bermula dengan harga RM 500 untuk Core i3-8100 dan RM 1600 untuk Core i7-8700K.

Sumber