Intel Berjanji Untuk Menghentikan Meltdown Dan Spectre Sebelum Febuari

Permulaan tahun ini kita dikejutkan dengan berita mengenai sistem kelemahan sekuriti yang terdapat di dalam cip buatan Intel. 2 kelemahan yang dikenali dengan nama Meltdown dan Spectre itu setakat ini tidak lagi diekploitasi oleh mana-mana pihak sejak perkara ini diketahui umum.



Kesan dari kelemahan sistem keselamatan ini mengakibatkan integriti data anda di dalam komputer dan pelayan di seluruh dunia boleh diekploitasi untuk tujuan buruk.

CEO Intel, Brian Krzanich sewaktu ucapannya di CES 2018 berkata Intel akan membaiki segala kelamahan yang timbul melibatkan Meltdown dan Spectre selewat-lewatnya hingga hujung minggu ini. Cip yang terjejas melibatkan hampir 90% yang dihasilkan mereka dalam tempoh 5 tahun ini.

Selebihnya akan dibaiki sehingga hujung bulan ini. Intel belum lagi mendedahkan butiran bagaimana dan bila proses pembaikan ini akan bermula dan nasihat kami elakkan membuat sebarang transaksi penting melalui atas talian.

Sumber