Intel Akui Buat Masa Ini Mereka Tidak Mampu Mengejar Pembangunan Cip Pemprosesan AMD 7nm

Terpaksa tunggu hingga 2021.


Ketika seteru utama telah berjaya menghasilkan cip pemprosesan 7nm, pihak Intel pula masih menghasilkan cip pemprosesan 10nm.

Intel telah menjelaskan bahawa betapa sukarnya mereka untuk membangunkan cip pemprosesan 10nm sebelum ini. Tetapi kini turut terpaksa akui bahawa mereka juga buat masa ini tidak mampu mengejar cip pemprosesan 7nm yang telah pun dihasilkan AMD.

Pendedahan tersebut dibuat oleh CEO Intel sendiri, Bob Swan di Persidangan Fortune's Brainstorm Tech yang berlangsung di Apen, Colorado baru-baru ini.

Beliau menjelaskan, sasaran Intel untuk memasukkan sehingga 2.7 kali ketumpatan transistor ke dalam cip 10nm mereka sberbanding yang ada pada cip 14nm mereka sebelum ini sebagai satu cita-cita yang terlalu tinggi bagi mereka.

"At a time when it gets harder and harder, we set a more aggressive goal. From that it just took us longer,"


Bob Swan, CEO Intel.


Disebabkan masa yang diambil terlalu lama dalam pembangunan cip pemprosesan 10nm tersebut, masa untuk mereka menghasilkan pula cip 7nm hanya akan dapat dihasilkan pada 2021 nanti.

Ketika ini, pembangun cip pemprosesan dari AMD dan Qualcomm telah berjaya mendahului menghasilkan cip pemprosesan 7nm.

Sumber: Tech Radar