Intel Akan Melancarkan Cip Pemprosesan Edisi Marvel Avengers

Bukan cip pemprosesan terbaru, tapi hanya sekadar promosi dengan kerjasama Marvel.


Intel dilaporkan akan melancarkan cip pemprosesan Intel Gen-10 mereka yang bertemakan Marvel Avengers.

Walaubagaimanapun, ia bukanlah versi cip pemprosesan terbaru. Sebaliknya adalah promosi cip pemprosesan tersebut dengan kerjasama pihak Marvel.

Ia disahkan oleh pihak Intel menerusi kenyataan ringkas kepada laman TomsHardware.

"The listing reference is related to an upcoming partner promotion featuring 10th Gen Intel Core processors. The “KA” designation is an ordering code only and not a new processor SKU." Intel.

Edisi cip pemprosesan Intel Edisi Avengers itu mula didedahkan oleh seorang pengguna yang bernama APISAK.

Edisi istimewa cip tersebut disenaraikan di laman Hanoi Computer.

https://twitter.com/TUM_APISAK/status/1291224903727771648?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1291224903727771648%7Ctwgr%5E&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.pcgamesn.com%2Fintel%2Favengers-edition-core-cpus

Namun begitu, semakan terbaru di laman tersebut didapati cip pemprosesan Intel Core i9 Edisi Avengers itu sudah tidak lagi disenaraikan dalam laman tersebut.

Tidak dapat dipastikan bilakah Intel akan menawarkan cip pemprosesan tersebut. Juga tidak diketahui sama ada Intel akan menawarkan secara global atau hanya terhad untuk pasaran Vietnam sahaja.

Sumber: PCGAMESN