Jika mahu menggunakan hotspot, anda perlu pergi ke tetapan dan menekan pelbagai butang pilihan hanya untuk menghidupkan satu fungsi itu sahaja. Bukankah mudah jika fungsi hotspot atau tethering itu boleh dilakukan secara automatik? Dengan adanya Instant Tethering, sebuah ciri terbaru dari Android, anda tidak perlu lagi bersusah payah untuk mengaktifkan fungsi itu. Menggunakan satu Google akaun yang didaftarkan pada dua peranti yang berbeza, ia akan berkongsi akses internet secara automatik. Ciri ini ditawarkan kepada semua model Pixel, Pixel XL, Nexus 6, Nexus 5X, atau Nexus 6P yang beroperasi menggunakan Android 7.1.1 dan keatas.
Menurut pengurus produk Google, Omri Amarilio, apabila anda membuka tablet anda, ia akan mencari sambungan WiFi dikawasan sekitar. Dan jika tiada sambungan WiFi, tablet akan bertanya dengan telefon pintar anda sama ada ia mempunyai sambungan internet dan kuasa bateri yang mencukupi atau tidak. Jika ya, pilihan untuk sambungan selamat ke hotspot akan diberikan dan dipadankan secara automatik. Semua proses yang dinyatakan itu berlaku tanpa perlu mengeluarkan telefon pintar dari poket seluar anda. Komunikasi antara kedua-dua peranti menggunakan sambungan Bluetooth.
Apabila sudah selesai menggunakan akses internet di tablet dan anda terlupa untuk memutuskan sambungan, ciri itu akan memberitahu anda yang ia akan menamatkan sambungan hotspot tersebut dan ia sudah pasti dapat menjimatkan penggunaan bateri.
Sumber: Google Product Forum
Berkaitan
- Aplikasi Pasca-Bayar MyCelcom Sudah Berada Di PlayStore
- China Akhirnya Sudah Lengkapkan Sistem Satelit Untuk Saingi GPS
- LG Patenkan Telefon Pintar Dengan 16 Lensa Kamera
- Asus Pegasus 4S Diperkenalkan - Skrin Paparan 18:9 Dan Bateri 4030mAh
- Pembangunan Kereta Terbang, UniMAP Sedia Kongsi Kepakaran Yang Dimiliki
- Samsung Keluarkan Model Galaxy S8?
- Pegawai Di White House Minta Tangguh 2 Tahun Sekatan Keatas Huawei
- Ini Penjelasan Qualcomm Mengenai Telefon Gaming Sendiri
- OPPO Bawa Masuk Siri A Baharu, Berharga RM529 Di Malaysia
- EA Sahkan Tiada Pengenalan Baru Siri Battlefield Untuk Tahun Hadapan