Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Instant Apps Dari Google Sudah Dikeluarkan Untuk Tempoh Percubaan

Instant Apps Dari Google Sudah Dikeluarkan Untuk Tempoh Percubaan

Diterbitkan Januari 24, 2017 · Dikemas kini Januari 24, 2017 oleh Haikel Areff

Google telah pun mengumumkan sebuah aplikasi konsep yang diberi nama ‘Instant Apps’ pada persidangan Google I/O tahun lepas. Konsep ‘Instant Apps’ ini membenarkan pengguna mencuba sebarang aplikasi tanpa perlu memuat turun di Play Store.

BuzzFeed, Periscope, Viki dan Wish adalah antara aplikasi yang menjadi batch pertama tempoh percubaan berkolaborasi bersama Instant Apps. Google berkata mereka sudah semestinya mahu mengembangkan sayap aplikasi baru ini jika mendapat respon positif dari pengguna.

Instant App akan digunakan apabila pengguna Android menekan pautan aplikasi yang belum di muat turun oleh pengguna tersebut. Dari situ pengguna akan diberi pilihan sama ada mahu mencuba terlebih dahulu atau terus memuat turun aplikasi tersebut. Setakat ini, kami sendiri masih tidak dapat memberi penerangan dengan jelas kerana Instant Apps ini masih lagi di dalam tempoh percubaan.

instant-apps

Ketika Google sedang berkerjasama bersama syarikat pemaju aplikasi untuk penambahbaikan terhadapap ‘user experience’ aplikasi tersebut. Google juga menambah, setiap syarikat pemaju aplikasi perlu mengemas kini perisian aplikasi mereka sesuai dengan platform Instant Apps.

Kiranya selepas ini kita sudah tidak perlu membuang masa membaca ulasan(rating) dari pengguna di Play Store sebelum memuat turun aplikasi.

Cuba dulu baru muat turun. Hidup Google!

Sumber: The Verge, Engadget

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
©2026 WISER.MY